Mendoakan untuk seorang penzalim dengan dipanjangkan usia

TEKS BAHASA ARAB

من دعا لظالم بطول البقاء فقد أحب أن يعصي الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang mendoakan untuk seorang penzalim dengan dipanjangkan usia, maka dia telah suka untuk mengingkari Allah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 183, hadis nombor 333. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كلام بعض السلف.

Kalam sebahagian salaf.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.