Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Mendengar orang yang menyeru kepada solat

Teks Bahasa Arab

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ بِالصَّلاةِ فَقَالَ: مَرْحَبًا بِالْقَائِلِيْنَ عَدْلًا، وَمَرْحَبًا بِالصَّلَاةِ أَهْلًا، كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَيْ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَيْ أَلْفِ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَيْ أَلْفِ دَرَجَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Siapa yang mendengar orang yang menyeru kepada solat lalu dia berkata: “Selamat datang buat para pembicara keadilan dan selamat datang dengan solat dan silakan”, Allah tuliskan dua juta kebaikan dan padamkan daripadanya dua juta keburukan dan akan diangkat baginya dua juta darjat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 185, hadis no. 341. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.

Tiada asal baginya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.