Mendekatlah kalian kepada Allah dengan membenci ahli kemaksiatan, temuilah mereka dengan wajah-wajah yang masam

TEKS BAHASA ARAB

تقربوا إلى الله ببغض أهل المعاصي، والقوهم بوجوه مكفهرة، والتمسوا رضا الله بسخطهم، وتقربوا إلى الله بالتباعد منهم، قالوا: يا نبي الله فمن نجالس؟ قال: من يذكركم الله رؤيته، ويزيد في علمكم منطقه، ومن يرغبكم في الآخرة عمله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mendekatlah kalian kepada Allah dengan membenci ahli kemaksiatan, temuilah mereka dengan wajah-wajah yang masam, carilah redha Allah dengan memurkai mereka, dan mendekatlah kepada Allah dengan menjauhi mereka. Mereka pun berkata: Wahai Nabi Allah! Jadi, siapakah yang kami boleh duduk bersama? Baginda bersabda: Sesiapa yang melihatnya akan mengingatkan kalian kepada Allah, pertuturannya akan menambah pada ilmu kalian, dan sesiapa yang amalannya menggemarkan kalian pada Akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis nombor 10011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه – مرفوعا: «تقربوا إلى الله ببغض أهل المعاصي، والقوهم بوجوه مكفهرة، والتمسوا رضا الله بسخطهم، وتقربوا إلى الله بالتباعد منهم»، قالوا: يا نبي الله فمن نجالس؟ قال: «من يذكركم الله رؤيته، ويزيد في علمكم منطقه، ومن يرغبكم في الآخرة عمله».
[ابن شاهين، فر، «الضعيفة» (2377)].

(Lemah)
Daripada Ibnu Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mendekatlah kalian kepada Allah dengan membenci ahli kemaksiatan, temuilah mereka dengan wajah-wajah yang masam, carilah redha Allah dengan memurkai mereka, dan mendekatlah kepada Allah dengan menjauhi mereka”. Mereka pun berkata: Wahai Nabi Allah! Jadi, siapakah yang kami boleh duduk bersama? Baginda bersabda: “Sesiapa yang melihatnya akan mengingatkan kalian kepada Allah, pertuturannya akan menambah pada ilmu kalian, dan sesiapa yang amalannya menggemarkan kalian pada Akhirat”.
[Riwayat Ibnu Syahin, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no, 2377].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs