Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تقرَّبوا إلى اللهِ ببُغضِ أهل المعاصي، والقَوهم بوجوهٍ مُكْفَهِرَّةٍ والتمِسوا رضا اللهِ بسخَطِهِم، وتقربوا إلى اللهِ بالتَّباعدِ منهُم قالوا: يا نبيَّ اللهِ فمَن نُجالِسْ؟ قال: من يذَكِّرُكُمُ اللهَ رؤيتُهُ، ويزيدُ في علمِكُم منطقُهُ، ومَن يرغِّبُكُم في الآخرةِ عملُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Mendekatlah kalian kepada Allah dengan membenci ahli kemaksiatan, temuilah mereka dengan wajah-wajah yang masam, carilah redha Allah dengan memurkai mereka, dan mendekatlah kepada Allah dengan menjauhi mereka. Mereka pun berkata: Wahai Nabi Allah! Jadi, siapakah yang kami boleh duduk bersama? Baginda bersabda: Sesiapa yang melihatnya akan mengingatkan kalian kepada Allah, pertuturannya akan menambah pada ilmu kalian, dan sesiapa yang amalannya menggemarkan kalian pada Akhirat.
Sahabat Perawi
- Ibnu Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1997, hadis no. 10011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه - مرفوعا: «تقربوا إلى الله ببغض أهل المعاصي، والقوهم بوجوه مكفهرة، والتمسوا رضا الله بسخطهم، وتقربوا إلى الله بالتباعد منهم»، قالوا: يا نبي الله فمن نجالس؟ قال: «من يذكركم الله رؤيته، ويزيد في علمكم منطقه، ومن يرغبكم في الآخرة عمله». [ابن شاهين، فر، «الضعيفة» (2377)].
(Lemah) Daripada Ibnu Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mendekatlah kalian kepada Allah dengan membenci ahli kemaksiatan, temuilah mereka dengan wajah-wajah yang masam, carilah redha Allah dengan memurkai mereka, dan mendekatlah kepada Allah dengan menjauhi mereka”. Mereka pun berkata: Wahai Nabi Allah! Jadi, siapakah yang kami boleh duduk bersama? Baginda bersabda: “Sesiapa yang melihatnya akan mengingatkan kalian kepada Allah, pertuturannya akan menambah pada ilmu kalian, dan sesiapa yang amalannya menggemarkan kalian pada Akhirat”. [Riwayat Ibnu Syahin, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no, 2377].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman