Mendapat kejayaan berupa syurga dan selamat daripada neraka dengan pertolongan Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان من دعائه ﷺ: اللهم إنا نسألك موجبات رحمتك، وعزائم مغفرتك، والسلامة من كل إثم، والغنيمة من كل بر، والفوز بالجنة والنجاة بعونك من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara doa baginda SAW ialah: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu sebab-sebab yang menjadikan kami mendapat rahmat-Mu, keinginan untuk mendapatkan keampunan-Mu, selamat daripada segala dosa, mendapat habuan daripada segala kebaikan, mendapat kejayaan berupa syurga dan selamat daripada neraka dengan pertolongan-Mu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis nombor 7347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: كان من دعائه ﷺ: اللهم إنا نسألك موجبات رحمتك، وعزائم مغفرتك، والسلامة من كل إثم، والغنيمة من كل بر، والفوز بالجنة والنجاة بعونك من النار.
[ك، ((الضعيفة)) (2908)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Antara doa baginda SAW ialah: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu sebab-sebab yang menjadikan kami mendapat rahmat-Mu, keinginan untuk mendapatkan keampunan-Mu, selamat daripada segala dosa, mendapat habuan daripada segala kebaikan, mendapat kejayaan berupa syurga dan selamat daripada neraka dengan pertolongan-Mu.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2908]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.