Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mendapat kejayaan berupa syurga dan selamat daripada neraka dengan pertolongan Allah SWT

Teks Bahasa Arab

كان مِنْ دُعائهِ ﷺ: اللهُمَّ إنا نسألُكَ مُوجِباتِ رحمتِكَ، وعزائِمَ مغفرَتِكَ، والسلامةَ منْ كُلِ إثمٍ، والغنيمةَ منْ كُلِّ برٍّ، والفوزَ بالجنةِ، والنجاةَ بعونكَ منَ النارِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara doa baginda SAW ialah: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu sebab-sebab yang menjadikan kami mendapat rahmat-Mu, keinginan untuk mendapatkan keampunan-Mu, selamat daripada segala dosa, mendapat habuan daripada segala kebaikan, mendapat kejayaan berupa syurga dan selamat daripada neraka dengan pertolongan-Mu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis no. 7347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: كان من دعائه ﷺ: اللهم إنا نسألك موجبات رحمتك، وعزائم مغفرتك، والسلامة من كل إثم، والغنيمة من كل بر، والفوز بالجنة والنجاة بعونك من النار. [ك، ((الضعيفة)) (2908)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA, beliau berkata: Antara doa baginda SAW ialah: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu sebab-sebab yang menjadikan kami mendapat rahmat-Mu, keinginan untuk mendapatkan keampunan-Mu, selamat daripada segala dosa, mendapat habuan daripada segala kebaikan, mendapat kejayaan berupa syurga dan selamat daripada neraka dengan pertolongan-Mu. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2908]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.