Mencukur bulu tengkuk bukan untuk berbekam adalah perbuatan orang Majusi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حلق القفا من غير حجامة مجوسية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mencukur bulu tengkuk bukan untuk berbekam adalah perbuatan orang Majusi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis nombor 5945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: ((حلق القفا من غير حجامة مجوسية)). [ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (3496)]

(Lemah) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Mencukur bulu tengkuk bukan untuk berbekam adalah perbuatan orang Majusi. [Riwayat Ibn al-A'rabi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3496]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.