Daif

30/06/2024

minit bacaan



Mencukur bahagian hujung leher selain daripada tujuan untuk berbekam

Teks Bahasa Arab

حَلْقُ القَفَا مِنْ غَيْرِ حجَامَةٍ مَجُوسِيَّةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Mencukur bahagian hujung leher selain daripada tujuan untuk berbekam merupakan perbuatan (menyerupai) golongan Majusi.

Sahabat Perawi

  1. Umar al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis no. 1077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه -، قال: ((حلق القفا من غير حجامة مجوسية)). [ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (3496)]

(Daif) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA berkata: Mencukur bahagian hujung leher selain daripada tujuan untuk berbekam merupakan perbuatan (menyerupai) golongan Majusi. [Riwayat Ibn al-A’rabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3496]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.