TEKS BAHASA ARAB
من أحب قوماً على أعمالهم؛ حشر يوم القيامة في زمرتهم، فحوسب بحسابهم، وإن لم يعمل أعمالهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mencintai suatu kaum kerana amalan-amalan mereka, dia akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam kumpulan mereka, maka dia dihisab menurut kiraan mereka sekalipun dia tidak melakukan amalan-amalan mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1345, hadis nombor 6872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعاً: من أحب قوماً على أعمالهم؛ حشر يوم القيامة في زمرتهم، فحوسب بحسابهم، وإن لم يعمل أعمالهم.
[عد، خط، ((الضعيفة)) (4536)].
(Palsu dengan lafaz ini)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mencintai suatu kaum kerana amalan-amalan mereka, dia akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam kumpulan mereka, maka dia dihisab menurut kiraan mereka sekalipun dia tidak melakukan amalan-amalan mereka.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah. no. 4536]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.