Mencela sahabatku ialah dosa yang tidak diampunkan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: سب أصحابي ذنب لا يغفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Mencela sahabatku ialah dosa yang tidak diampunkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 94, hadis nombor 241. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا كذب على النبي صلى الله عليه وسلم، وقد قال الله تعالى {إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء} [النساء: 48 – 116]

Ibn Taimiyyah berkata: Ini merupakan dusta keatas Nabi SAW. Allah Ta’ala telah berfirman: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mensyirikkannya dan akan mengampunkan dosa selain itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki. [Surah al-Nisa', 48-116]

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.