Mencari yang halal itu seperti memerangi musuh di jalan Allah, sesiapa yang tidur kerana penat mencari yang halal, dia tidur dalam keadaan Allah reda kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

طلب الحلال مثل ‌مقارعة الأبطال في سبيل الله، ومَنْ بات عَيِيِّاً من طلب الحلال؛ بات والله عَزَّ وَجَلَّ عنه راضٍ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mencari yang halal itu seperti memerangi musuh di jalan Allah, sesiapa yang tidur kerana penat mencari yang halal, dia tidur dalam keadaan Allah reda kepadanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634, hadis nombor 3287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن السكن عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((طلب الحلال مثل ‌مقارعة الأبطال في سبيل الله، ومَنْ بات عَيِيِّاً من طلب الحلال؛ بات والله عَزَّ وَجَلَّ عنه راضٍ)). [هب، ((الضعيفة)) (6152)].

(Munkar)
Daripada al-Sakan daripada Nabi SAW bersabda: “Mencari yang halal itu seperti memerangi musuh di jalan Allah, sesiapa yang tidur kerana penat mencari yang halal, dia tidur dalam keadaan Allah reda kepadanya.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6152].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.