Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طلبُ الحلالِ مثلُ مقارعةِ الأبطالِ في سبيلِ اللهِ، ومن بات عيِيًّا من طلبِ الحلالِ؛ بات واللهُ عزَّ وجلَّ عنه راضٍ.
Teks Bahasa Melayu
Mencari yang halal itu seperti memerangi musuh di jalan Allah, sesiapa yang tidur kerana penat mencari yang halal, dia tidur dalam keadaan Allah reda kepadanya.
Sahabat Perawi
- al-Sakan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634, hadis no. 3287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن السكن عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((طلب الحلال مثل مقارعة الأبطال في سبيل الله، ومَنْ بات عَيِيِّاً من طلب الحلال؛ بات والله عَزَّ وَجَلَّ عنه راضٍ)). [هب، ((الضعيفة)) (6152)].
(Munkar) Daripada al-Sakan daripada Nabi SAW bersabda: “Mencari yang halal itu seperti memerangi musuh di jalan Allah, sesiapa yang tidur kerana penat mencari yang halal, dia tidur dalam keadaan Allah reda kepadanya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6152].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman