Mencari yang halal itu adalah kewajipan selepas kewajipan

TEKS BAHASA ARAB

طلب الحلال فريضة بعد الفريضة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mencari yang halal itu adalah kewajipan selepas kewajipan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639, hadis nombor 3312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ: «طلب الحلال فريضة بعد الفريضة». [طب، هب، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (6645)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Mencari yang halal itu adalah kewajipan selepas kewajipan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no, 6645]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.