Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
طلبُ الحلالِ فريضةٌ بعدَ الفريضةِ.
Teks Bahasa Melayu
Mencari yang halal itu adalah kewajipan selepas kewajipan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639, hadis no. 3312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Mencari yang halal itu adalah kewajipan selepas kewajipan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no, 6645]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman