Mencari yang halal adalah satu kefardhuan selepas kefardhuan yang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كسب الحلال فريضة بعد الفريضة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mencari yang halal adalah satu kefardhuan selepas kefardhuan yang lain.

STATUS

Terdapat riwayat sokongan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 134. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمَقَاصِد «كَسْبُ الْحَلالِ فَرِيضَةُ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ» فِيهِ عباد ضَعِيف لَكِن لَهُ شَوَاهِد متأكدة.

Dalam kitab Al-Maqasid menyebut:
“Mencari yang halal adalah satu kefardhuan selepas kefardhuan yang lain.” Dalam sanadnya terdapat ‘Ibbad. Beliau adalah perawi yang daif akan tetapi riwayat beliau mempunyai syawahid (riwayat sokongan) yang kukuh.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.