Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَسْبُ الْحَلالِ فَرِيضَةُ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Mencari yang halal adalah satu kefardhuan selepas kefardhuan yang lain.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 134. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي الْمَقَاصِد «كَسْبُ الْحَلالِ فَرِيضَةُ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ» فِيهِ عباد ضَعِيف لَكِن لَهُ شَوَاهِد متأكدة.
Dalam kitab Al-Maqasid menyebut: “Mencari yang halal adalah satu kefardhuan selepas kefardhuan yang lain.” Dalam sanadnya terdapat ‘Ibbad. Beliau adalah perawi yang daif akan tetapi riwayat beliau mempunyai syawahid (riwayat sokongan) yang kukuh.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman