TEKS BAHASA ARAB
طلب الحلال جهاد، وإن الله يحب المؤمن المحترف.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mencari suatu yang halal itu jihad dan sesungguhnya Allah mencintai orang beriman yang berkemahiran (profesional).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis nombor 3070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((طلب الحلال جهاد، وإن الله يحب المؤمن المحترف)). [ابن مخلد في ((الفوائد))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1301)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Mencari suatu yang halal itu jihad dan sesungguhnya Allah mencintai orang beriman yang berkemahiran (profesional). [Diriwayatkan oleh Ibn Makhlad dalam al-Fawaid dan al-Quḍa'i dalam Musnad Al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1301].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.