Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mencari suatu yang halal itu jihad

Teks Bahasa Arab

طلبُ الحلالِ جهادٌ وإن اللهَ يُحِبُّ المؤمنَ المُحْتَرِفَ.

Teks Bahasa Melayu

Mencari suatu yang halal itu jihad dan sesungguhnya Allah mencintai orang beriman yang berkemahiran (profesional).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis no. 3070.

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((طلب الحلال جهاد، وإن الله يحب المؤمن ‌المحترف)). [ابن مخلد في ((الفوائد))، القضاعي، ((الضعيفة)) (1301)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Mencari suatu yang halal itu jihad dan sesungguhnya Allah mencintai orang beriman yang berkemahiran (profesional). [Diriwayatkan oleh Ibn Makhlad dalam al-Fawaid dan al-Quḍa'i dalam Musnad Al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1301].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.