Mencari satu bab ilmu kerana mahu memperbaiki dirinya atau bagi sesiapa yang mengejar ilmu

TEKS BAHASA ARAB

من طلب بابا من العلم ليصلح به نفسه، أو لمن بعده، كتب الله له من الأجر مثل رمل عالج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1293, hadis nombor 6620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رصي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من طلب بابا من العلم ليصلح به نفسه، أو لمن بعده، كتب الله له من الأجر مثل رمل عالج.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6166)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mencari satu bab ilmu kerana mahu memperbaiki dirinya atau bagi sesiapa yang mengejarnya (ilmu), nescaya Allah tuliskan untuknya pahala seperti gunungan pasir.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6166].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs