Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن طَلَبَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ لِيُصْلِحَ بِهِ نَفْسَهُ، أَوْ لِمَن بَعْدَهُ، كَتَبَ اللّهُ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ رَملِ عَالِجٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mencari satu bab ilmu kerana mahu memperbaiki dirinya atau bagi sesiapa yang mengejarnya (ilmu), nescaya Allah tuliskan untuknya pahala seperti gunungan pasir.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1293, hadis no. 6620. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رصي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من طلب بابا من العلم ليصلح به نفسه، أو لمن بعده، كتب الله له من الأجر مثل رمل عالج. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6166)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mencari satu bab ilmu kerana mahu memperbaiki dirinya atau bagi sesiapa yang mengejarnya (ilmu), nescaya Allah tuliskan untuknya pahala seperti gunungan pasir. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6166].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman