Mencantikkan diri untuk dunia, maka neraka adalah tempat mereka

TEKS BAHASA ARAB

إذا تزين القوم بالآخرة، وتحملوا للدنيا؛ فالنار دارهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika sesuatu kaum menghiaskan diri dengan akhirat, dan mencantikkan diri untuk dunia, maka neraka adalah tempat mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 711, hadis nombor 3635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إذا تزين القوم بالآخرة، وتحملوا للدنيا؛ فالنار دارهم.
[عد، ((الضعيفة)) (6589)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika sesuatu kaum menghiaskan diri dengan akhirat, dan mencantikkan diri untuk dunia, maka neraka adalah tempat mereka.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6589].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs