Menawarkan kepada saudaranya bekas air untuk dia berwuduk

TEKS BAHASA ARAB

من قدم لأخيه إبريقا يتوضأ به فكأنما قدم جوادا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang menawarkan kepada saudaranya bekas air untuk dia berwuduk dengannya, maka dia seolah-olah telah menawarkan seekor kuda.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 190, hadis nombor 353. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: موضوع، وفي الذيل هو كما قال.

Kata Ibn Taimiyah: Palsu dan dalam kitab al-Zayl ia sama seperti yang dia katakan.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs