TEKS BAHASA ARAB
يرقص للقرد في دولته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Menarilah untuk kera dalam kawasan kekuasaannya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 228, hadis nombor 731. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: يَد عَدوك إِذا لم تقدر على قطعهَا قبلهَا. لَيْسَ بِحَدِيث، بل من بَاب: يرقص للقرد فِي دولته.
Hadith: “Tangan musuhmu, jika kamu tidak mampu memotongnya, maka ciumlah ia”.
Ia bukan hadith, malah termasuk dalam bab: “Menarilah untuk kera dalam kawasan kekuasaannya”.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.