Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ابْكَيْنَ، وَإِيَّاكُنَّ وَنُعِيقَ الشَّيْطَانَ فَإِنَّهُ مَهْمَا يَكُنْ مِنْ الْقَلْبِ وَالْعَيْنِ فَمِنْ اللَّهِ وَالرَّحْمَةِ، وَمَهْمَا يَكُنْ مِنْ الْيَدِ وَاللِّسَانِ، فَمِنْ الشَّيْطَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Menangislah dan jauhilah kamu daripada meraung kerana raungan itu seperti jeritan syaitan. Sesungguhnya apa yang lahir daripada hati dan mata, maka itu adalah daripada Allah dan juga sifat rahmah. Adapun yang terlahir daripada tangan dan lidah (meratap), maka itu daripada syaitan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1725, hadis no. 8676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: لما ماتت رقية بنت النبي صلى الله عليه وسلم، قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((الحقي بسلفنا عثمان بن مظعون))، فبكت النساء على رقية، فجاء عمر بن الخطاب فجعل يضربهن بسوطه، فأخذ النبي صلى الله عليه وسلم بيده، ثم قال: ((دعهن يا عمر يبكين))، ثم قال: ((ابكين، وإياكن ونعيق الشيطان فإنه مهما يكن من القلب والعين فمن الله والرحمة، ومهما يكن من اليد واللسان، فمن الشيطان)). فقعدت فاطمة على شفير القبر إلى جنب النبي صلى الله عليه وسلم، فجعلت تبكي، فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح الدمع عن عينها بطرف ثوبه. [حم، ابن سعد، ((الضعيفة)) (1715)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Ketika wafat Ruqayyah, anak perempuan kepada Nabi SAW, Nabi SAW berkata: ((Bertemulah kamu dengan orang yang salih terdahulu Uthman bin Maz’un.)) Maka para wanita pun menangis atas pemergian Ruqayyah. Lalu Umar bin al-Khattab datang dan memukul mereka dengan cemetinya. Kemudian Nabi SAW memegang tangannya dan berkata padanya: ((Biarkan mereka menangis wahai Umar.)) Kemudian Nabi SAW berkata: ((Menangislah dan jauhilah kamu daripada meraung kerana raungan itu seperti jeritan syaitan. Sesungguhnya apa yang lahir daripada hati dan mata, maka itu adalah daripada Allah dan juga sifat rahmah. Adapun yang terlahir daripada tangan dan lidah (meratap), maka itu daripada syaitan.)) Kemudian Fatimah duduk di tepi kubur di sisi Nabi SAW dan menangis. Lalu Rasulullah SAW mengusap air mata Fatimah daripada matanya dengan hujung baju baginda. [Riwayat Musnad Ahmad dan Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1715].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman