Menanggalkan ikatan kain kafan ketika jenazah sudah dimasukkan ke liang lahad

TEKS BAHASA ARAB

عن معقل: لما وضع رسول الله صلى الله عليه وسلم نعيم بن مسعود في القبر نزع الأخلة بفيه [يعني العقد].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ma’qil RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Bila mana Rasulullah SAW meletakkan Nu’aim Bin Mas’ud di dalam kubur, Baginda menanggalkan ikatan kafannya dengan mulut baginda.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1726, hadis nombor 8681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معقل: " لما وضع رسول الله صلى الله عليه وسلم نعيم بن مسعود في القبر نزع الأخلة بفيه [يعني العقد]. [هق، ((الضعيفة)) (1763).

(Lemah)
Daripada Ma’qil RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Bila mana Rasulullah SAW meletakkan Nu’aim Bin Mas’ud di dalam kubur, Baginda menanggalkan ikatannya.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1763].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs