Menambah ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada ketakwaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌إن من معادن التقوى تعلمك إلى ما قد علمت علم ما لم تعلم، والنقص فيما قد علمت قلة الزيادة فيه، وإنما يزهد الرجل في علم ما لم يعلم، قلة الانتفاع بما قد علم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebahagian daripada galian-galian takwa memperdalamkan pengetahuan kamu terhadap apa yang sudah kamu ketahui dengan ilmu yang belum kamu ketahui. Dan pengurangan terhadap apa yang telah kamu ketahui melalui sedikitnya penambahan padanya. Ia boleh mengurangkan seseorang terhadap ilmu yang belum dia ketahui, sedikitnya beroleh manfaat terhadap apa yang dia telah ketahui.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis nombor 6442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف جدا)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: إن من معادن التقوى تعلمك إلى ما قد علمت علم ما لم تعلم، والنقص فيما قد علمت قلة الزيادة فيه، وإنما يزهد الرجل في علم ما لم يعلم، قلة الانتفاع بما قد علم.
[ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، خط، ((الضعيفة)) (3205)].

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sebahagian daripada galian-galian takwa memperdalamkan pengetahuan kamu terhadap apa yang sudah kamu ketahui dengan ilmu yang belum kamu ketahui. Dan pengurangan terhadap apa yang telah kamu ketahui melalui sedikitnya penambahan padanya. Ia boleh mengurangkan seseorang terhadap ilmu yang belum dia ketahui, sedikitnya beroleh manfaat terhadap apa yang dia telah ketahui.
[Riwayat Ibn Jumai’ dalam Mu’jam al-Shuyukh, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.