Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كرامةُ الكتابِ خَتْمُه.
Teks Bahasa Melayu
Memuliakan sesebuah kitab (surat atau penulisan) itu adalah dengan mengecopnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 191, hadis no. 984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((كرامة الكتاب ختمه)). [طس، أبو الحسين الأصفهاني في ((المنتقى من (الفوائد)))، القضاعي، الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (1567)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Memuliakan sesebuah kitab (surat atau penulisan) itu adalah dengan mengecopnya. [Riwayat al-Tabarani dalam Al-Mu’jam al-Awsath, Abu al-Husain al-Asfahani dalam al-Muntaqa Min al-Fawa’id, al-Quda’ie dan al-Tsa’labi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1567]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman