Memuliakan pembawa al-Qur'an seakan-akan memuliakan Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

أكرموا حملة القرآن، فمن أكرمهم فقد أكرمني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah pembawa al-Qur’an (menghafal di dada dengan hati yang khusyuk), kerana sesiapa yang memuliakan mereka bererti dia memuliakanku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1435, hadis nombor 7289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: أكرموا حملة القرآن، فمن أكرمهم فقد أكرمني.
[فر، ((الضعيفة)) (2679)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Muliakanlah pembawa al-Qur’an (menghafal di dada dengan hati yang khusyuk), kerana sesiapa yang memuliakan mereka bererti dia memuliakanku.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2679]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs