Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Memuliakan pembawa al-Qur'an seakan-akan memuliakan Allah SWT

Teks Bahasa Arab

أكرِموا حملةَ القرآن، فمَن أكرمَهم فقد أكرمَني.

Teks Bahasa Melayu

Muliakanlah pembawa al-Qur'an (menghafal di dada dengan hati yang khusyuk), kerana sesiapa yang memuliakan mereka bererti dia memuliakanku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1435, hadis no. 7289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما مرفوعا: أكرموا حملة القرآن، فمن أكرمهم فقد أكرمني. [فر، ((الضعيفة)) (2679)]

(Munkar) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Muliakanlah pembawa al-Qur'an (menghafal di dada dengan hati yang khusyuk), kerana sesiapa yang memuliakan mereka bererti dia memuliakanku. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2679]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.