Memukul tanah menggunakan kayu itu hingga tanah tersebut lembut, kemudian baginda pun kencing

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أراد أن يبول فأتى عزازا من الأرض؛ أخذ عودا؛ فنكت به حتى يثرى، ثم يبول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda ingin kencing, baginda akan pergi ke tempat yang keras tanahnya, baginda membawa kayu kecil lalu baginda memukul tanah menggunakan kayu itu hingga tanah tersebut lembut, kemudian baginda pun kencing.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis nombor 6200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن طلحة بن أبي قنان: أن النبي صلى الله عليه وسلم: كان إذا أراد أن يبول فأتى عزازا من الأرض؛ أخذ عودا؛ فنكت به حتى يثرى، ثم يبول.
[أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (5742)]

(Lemah)
Daripada Talhah bin Abi Qinan bahawa Nabi SAW, apabila baginda ingin kencing, baginda akan pergi ke tempat yang keras tanahnya, baginda membawa kayu kecil lalu baginda memukul tanah menggunakan kayu itu hingga tanah tersebut lembut, kemudian baginda pun kencing.
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5742]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs