Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ إذا أرادَ أن يبولَ فأتى عِزازًا منَ الأرضِ؛ أخذَ عودًا؛ فنَكَتَ بِهِ حتى يُثرى، ثمَّ يبولُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila baginda ingin kencing, baginda akan pergi ke tempat yang keras tanahnya, baginda membawa kayu kecil lalu baginda memukul tanah menggunakan kayu itu hingga tanah tersebut lembut, kemudian baginda pun kencing.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis no. 6200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن طلحة بن أبي قنان: أن النبي صلى الله عليه وسلم: كان إذا أراد أن يبول فأتى عزازا من الأرض؛ أخذ عودا؛ فنكت به حتى يثرى، ثم يبول. [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (5742)]
(Lemah) Daripada Talhah bin Abi Qinan bahawa Nabi SAW, apabila baginda ingin kencing, baginda akan pergi ke tempat yang keras tanahnya, baginda membawa kayu kecil lalu baginda memukul tanah menggunakan kayu itu hingga tanah tersebut lembut, kemudian baginda pun kencing. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5742]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman