Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضأَ فأحسنَ الوُضوءَ ورفعَ بصرَهُ إلى السماءِ، فقال: أشهدُ أن لا إلهَ إلا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، وأشهدُ أنَّ محمدًا عبدُهُ ورسولُهُ؛ فُتِحَتْ لهُ ثمانيةُ أبوابٍ من أبوابِ الجنةِ، يَدخلُ من أيِّها شاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk serta memperelokkan wuduknya dan mengangkat pandangannya ke langit dan berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya. Akan dibukakan kepadanya 8 pintu syurga, dia akan memasukinya daripada mana-mana pintu yang dia suka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 722, hadis no. 3688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: (الرفع)) عن عقبة بن عامر، أنه كان عند رسول الله ﷺ فقال عمر: قال رسول الله ﷺ قبل أن تأتي: من توضأ فأحسن الوضوء ورفع بصره إلى السماء، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ فتحت له ثمانية أبواب من أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء. [ع، ((الضعيفة)) (6810)].
(Munkar dengan tambahan perkataan: al-Raf' (mengangkat)) Daripada ‘Uqbah bin 'Amir bahawa dia bersama Rasulullah SAW lalu 'Umar berkata: Rasulullah SAW bersabda sebelum kamu datang: Sesiapa yang berwuduk serta memperelokkan wuduknya dan mengangkat pandangannya ke langit dan berkata: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi Nabi Muhammad merupakan hamba dan utusan-Nya. Akan dibukakan kepadanya 8 pintu syurga, dia akan memasukinya daripada mana-mana pintu yang dia suka. [Riwayat Abi Ya’la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6810].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman