Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إسماعُ الأَصَمِّ صدقةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Memperdengarkan kepada orang yang pekak adalah satu sedekah.
Sahabat Perawi
- Sahl RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 186, hadis no. 955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سهل - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إسماع الأصم صدقة)). [مكي المؤذن في ((حديثه))، محمد بن عبد الواحد المقدسي في ((المنتقى من حديث أبي علي الأوقي))، ((الضعيفة)) (1752)]
(Terlalu Daif) Daripada Sahl RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Memperdengarkan kepada orang yang pekak adalah satu sedekah. [Riwayat Makki al-Mu’azzin dalam Hadith beliau dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahid al-Maqdisi dalam al-Muntaqa daripada Hadith Abi ‘Ali al-Awqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1752]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman