Mempercayai setiap orang adalah satu kelemahan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الثقة بكل أحد عجز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Mempercayai setiap orang adalah satu kelemahan.

STATUS

Tidak Warid Dengan Lafaz Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 68, hadis nombor 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا اللفظ، ومعناه صحيح ظاهر.

Tidak warid dengan lafaz ini akan tetapi maksudnya benar.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.