Mempelajari suatu ilmu bukan kerana Allah atau tujuan selain Allah

TEKS BAHASA ARAB

من تعلم علما لغير الله، أو أراد به غير الله؛ فليتبوأ مقعده من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu bukan kerana Allah atau tujuan selain Allah, maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis nombor 6592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من تعلم علما لغير الله، أو أراد به غير الله؛ فليتبوأ مقعده من النار.
[ت، النسائي في ((الكبرى))، هـ، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5017)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu bukan kerana Allah atau tujuan selain Allah, maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka.
[Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa'ei dalam al-Kubra, Ibn Majah, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5017]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.