Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تعلَّم علمًا لغيرِ اللهِ، أو أراد به غيرَ اللهِ؛ فلْيتبوأْ مقعدَه من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu bukan kerana Allah atau tujuan selain Allah, maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1288, hadis no. 6592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من تعلم علما لغير الله، أو أراد به غير الله؛ فليتبوأ مقعده من النار. [ت، النسائي في ((الكبرى))، هـ، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5017)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu bukan kerana Allah atau tujuan selain Allah, maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka. [Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa'ei dalam al-Kubra, Ibn Majah, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5017]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman