Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَعَلََّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ، عَمِلَ بِهِ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ بِهِ، كَانَ أَفْضَلَ مِنْ صَلَاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ. فَإِنْ هُوَ عَمِلَ بِهِ، أَوْ عَلََّمَهُ، كَانَ لَهُ ثَوَابُهُ وَثَوَابُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempelajari satu bab ilmu, sama ada dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya; Ia lebih baik berbanding solat 1,000 rakaat. Jika dia mengamalkannya atau mengajarkannya, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis no. 6641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من تعلم بابا من العلم، عمل به أو لم يعمل به، كان أفضل من صلاة ألف ركعة. فإن هو عمل به، أو علمه، كان له ثوابه وثواب من يعمل به إلى يوم القيامة. [خط، ((الضعيفة)) (6803)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang mempelajari satu bab ilmu, sama ada dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya; Ia lebih baik berbanding solat 1,000 rakaat. Jika dia mengamalkannya atau mengajarkannya, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6803].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman