Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تعلَّم بابًا من العلمِ ، عملَ به أو لم يعملْ بهِ ، كان أفضلَ من صلاةِ ألفِ ركعةٍ ، فإن هو عملَ بهِ ، أو علَّمهُ ، كان له ثوابُهُ وثوابُ من يعملُ بهِ إلى يومِ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempelajari satu bab ilmu, sama ada dia beramal dengannya atau tidak; ia adalah lebih baik berbanding solat 1000 rakaat. Jika dia mengamalkannya atau mengajarkannya; maka dia mendapat pahalanya dan pahala bagi orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1398, hadis no. 7093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang mempelajari satu bab ilmu, sama ada dia beramal dengannya atau tidak; ia adalah lebih baik berbanding solat 1000 rakaat. Jika dia mengamalkannya atau mengajarkannya; maka dia mendapat pahalanya dan pahala bagi orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6803]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman