Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَعَلَّمَ العِلمَ وهو شابٌّ كان بِمَنزِلةِ وَسْمٍ في حَجَرٍ، ومَنْ تَعَلَّمَه بعدَ كِبَرٍ فهو بِمَنْزِلةِ كتابٍ على ظَهْرِ الماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempelajari ilmu sewaktu muda sama seperti memahat pada batu dan sesiapa yang mempelajari ilmu setelah tua maka sama seperti menulis di permukaan air.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1236, hadis no. 6299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من تعلم العلم وهو شاب كان بمنزلة وسم في حجر، ومن تعلمه بعد كبر فهو بمنزلة كتاب على ظهر الماء. [ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (619)].
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempelajari ilmu sewaktu muda sama seperti memahat pada batu dan sesiapa yang mempelajari ilmu setelah tua maka sama seperti menulis di permukaan air. [Riwayat Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 619].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman