Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ رَجُلٍ تَعَلَّمَ كَلِمَتَيْنِ، أَوْ ثَلَاثًا، أَوْ أَرْبَعًا، أَوْ خَمْسًا مِمَّا فَرَضَ اللّهُ عَزَّ وَجَلَّ، فَيَتَعَلَّمُهُنَّ، وَيُعَلِّمُهُنَّ، إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah seseorang itu mempelajari dua kalimah, atau tiga, empat atau lima kalimah daripada perkara-perkara yang difardukan oleh Allah 'Azza wa jalla, lalu dia mempelajarinya dan mengajarkannya melainkan pasti masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis no. 6640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما من رجل تعلم كلمتين، أو ثلاثا، أو أربعا، أو خمسا مما فرض الله عزوجل، فيتعلمهن، ويعلمهن؛ إلا دخل الجنة. [حل، ((الضعيفة)) (6804)].
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Tidaklah seseorang itu mempelajari dua kalimah, atau tiga, empat atau lima kalimah daripada perkara-perkara yang difardukan oleh Allah 'Azza wa jalla, lalu dia mempelajarinya dan mengajarkannya melainkan pasti masuk syurga. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6804].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman