Memotong kukunya pada hari Jumaat, maka dia terpelihara daripada keburukan

TEKS BAHASA ARAB

من قلم أظفاره يوم الجمعة وقي من السوء إلى مثلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat, maka dia terpelihara daripada keburukan hingga hari seumpamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis nombor 6086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: من قلم أظفاره يوم الجمعة وقي من السوء إلى مثلها.
[طس، ((الضعيفة)) (1816)]

(Palsu)
Daripada Aishah RA secara marfu’: Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat, maka dia terpelihara daripada keburukan hingga hari seumpamanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1816]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs