Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَلَّمَ أظفارَهُ يومَ الجُمُعةِ وُقِيَ من السُّوءِ إلى مِثْلِها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat, maka dia terpelihara daripada keburukan hingga hari seumpamanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis no. 6086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: من قلم أظفاره يوم الجمعة وقي من السوء إلى مثلها. [طس، ((الضعيفة)) (1816)]
(Palsu) Daripada Aishah RA secara marfu': Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat, maka dia terpelihara daripada keburukan hingga hari seumpamanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1816]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman