TEKS BAHASA ARAB
حديث: قص الأظفار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Memotong kuku.
STATUS
Tidak thabit
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 133, hadis nombor 371. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لم يثبت في كيفيته يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم. قال السخاوي: وما يعزى من النظم لعلي بن أبي طالب، ولشيخنا، فباطل عنهما.
Tidak thabit cara-caranya pada hari tertentu daripada Nabi SAW. Al-Sakhawi berkata: Sebuah bait syair tentang perkara ini yang dinisbahkan kepada Ali bin Abu Talib dan guru kami (Ibn Hajar) adalah batil daripada mereka berdua.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.