Memotong kuku adalah sunnah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قص الأظفار سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memotong kuku adalah sunnah.

STATUS

Tidak Sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 66, hadis nombor 270. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وقد عد من خصال الفطرة العشرة في حديث عائشة الثابت في الكتب الستة وأما تعيين يوم له وكيفيته فلم يثبت فيه شيء عن النبي – صلى الله عليه وسلم – والأبيات المنسوبة لعلي والمنسوبة لابن حجر غير صحيحة عنهما وقد ألف فيه السخاوي جزءا والسيوطي جزءا.

Ia termasuk 10 ciri-ciri fitrah sebagaimana dalam hadith ‘Aishah yang sabit dalam kitab-kitab sunnah. Adapun penentuan hari dan cara memotongnya, tidak sabit satu pun hadith daripada Nabi SAW berkenaannya. Manakala, bait-bait syair yang disandarkan kepada ‘Ali dan juga kepada Ibn Hajar adalah tidak sahih daripada mereka berdua. Al-Sakhawi dan al-Suyuti telah menulis satu juzuk kecil berkenaannya.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.