Memohon perlindungan daripada fitnah (bencana) di Timur

TEKS BAHASA ARAB

أنه كان يتعوذ من فتنة المشرق، قيل له: فكيف فتنة المغرب؟ قال: تلك أعظم وأعظم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda selalu memohon perlindungan daripada fitnah (bencana) di Timur. Baginda ditanya: Bagaimana pula fitnah (bencana) di Barat? Baginda menjawab: Itu lebih besar, lebih besar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1381, hadis nombor 7026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عصمة بن قيس السلمي صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم: أنه كان يتعوذ من فتنة المشرق، قيل له: فكيف فتنة المغرب؟ قال: تلك أعظم وأعظم.
[طب، ((الضعيفة)) (6029)]

(Lemah)
Daripada ‘Ismah bin Qais al-Sulami RA, sahabat Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW: Bahawa Baginda selalu memohon perlindungan daripada fitnah (bencana) di Timur. Baginda ditanya: Bagaimana pula fitnah (bencana) di Barat? Baginda menjawab: Itu lebih besar, lebih besar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifahm no. 6029]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.