TEKS BAHASA ARAB
ليسأل أحدكم ربه حاجته كلها، حتى يسأله شسع نعله إذا انقطع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Salah seorang kamu hendaklah benar-benar meminta kepada Tuhannya kesemua hajatnya sehinggalah dia meminta kepada-Nya terhadap tali seliparnya yang putus.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis nombor 7202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: ليسأل أحدكم ربه حاجته كلها، حتى يسأله شسع نعله إذا انقطع.
[ت، حب، ابن السني، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1362)]
(Lemah)
Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Salah seorang kamu hendaklah benar-benar meminta kepada Tuhannya kesemua hajatnya sehinggalah dia meminta kepada-Nya terhadap tali seliparnya yang putus.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Hibban, Ibn al-Sunni, al-Mukhlis dalam al-Fawa'id al-Muntaqah, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1362]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.