Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لِيَسْأَلْ أحدُكم ربَّه حاجتَه كلَّها، حتى يسألَه شِسْعَ نعلِه إذا انقطع.
Teks Bahasa Melayu
Salah seorang kamu hendaklah benar-benar meminta kepada Tuhannya kesemua hajatnya sehinggalah dia meminta kepada-Nya terhadap tali seliparnya yang putus.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis no. 7202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: ليسأل أحدكم ربه حاجته كلها، حتى يسأله شسع نعله إذا انقطع. [ت، حب، ابن السني، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1362)]
(Lemah) Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Salah seorang kamu hendaklah benar-benar meminta kepada Tuhannya kesemua hajatnya sehinggalah dia meminta kepada-Nya terhadap tali seliparnya yang putus. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Hibban, Ibn al-Sunni, al-Mukhlis dalam al-Fawa'id al-Muntaqah, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1362]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman