Meminta kepada orang kaya merupakan satu kehinaan kepada dirinya

TEKS BAHASA ARAB

مسألة الغني شين في وجهه ومسألة الغني نار إن أعطي قليلا فقليل وإن أعطي كثيرا فكثير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Meminta kepada orang kaya merupakan satu kehinaan kepada dirinya dan meminta kepada orang kata adalah seperti api. Sekiranya dia diberikan jumlah yang sedikit, maka sedikit pemberiannya. Sekiranya dia diberi jumlah yang banyak, maka banyaklah pemberiannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897, hadis nombor 4596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن عمران بن حصين -رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مسألة الغني شين في وجهه، ومسألة الغني نار إن أعطي قليلا فقليل وإن أعطي كثيرا فكثير. [البزار, أبو الشيخ في الأقران, طب, الضعيفة (5552)]

(Munkar apabila disebut lafaz hadith ini dengan sempurna) Daripada ‘Imran Bin Husain RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Meminta kepada orang kaya merupakan satu kehinaan kepada dirinya dan meminta kepada orang kata adalah seperti api. Sekiranya dia diberikan jumlah yang sedikit, maka sedikit pemberiannya. Sekiranya dia diberi jumlah yang banyak, maka banyaklah pemberiannya. [Al-Bazzar, Abu Al-Shaikh di dalam Al-Aqran, Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Al-Dha’ifah no 5552].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs