Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مسألةُ الغنيِّ شَينٌ في وجهِه ومَسْأَلَةُ الغَنِيِّ نارٌ إنْ أُعْطِيَ قَلِيلا فَقَلِيلٌ وإنْ أُعْطِيَ كَثِيرًا فَكَثِيرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Meminta kepada orang kaya merupakan satu kehinaan kepada dirinya dan meminta kepada orang kata adalah seperti api. Sekiranya dia diberikan jumlah yang sedikit, maka sedikit pemberiannya. Sekiranya dia diberi jumlah yang banyak, maka banyaklah pemberiannya.
Sahabat Perawi
- Imran bin Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897, hadis no. 4596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن عمران بن حصين -رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مسألة الغني شين في وجهه، ومسألة الغني نار إن أعطي قليلا فقليل وإن أعطي كثيرا فكثير. [البزار, أبو الشيخ في الأقران, طب, الضعيفة (5552)]
(Munkar apabila disebut lafaz hadith ini dengan sempurna) Daripada 'Imran Bin Husain RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Meminta kepada orang kaya merupakan satu kehinaan kepada dirinya dan meminta kepada orang kata adalah seperti api. Sekiranya dia diberikan jumlah yang sedikit, maka sedikit pemberiannya. Sekiranya dia diberi jumlah yang banyak, maka banyaklah pemberiannya. [Al-Bazzar, Abu Al-Shaikh di dalam Al-Aqran, Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Al-Dha’ifah no 5552].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman