Memerangi orang-orang yang melanggar, orang-orang yang zalim, dan orang-orang yang keluar daripada agama

TEKS BAHASA ARAB

تقاتل الناكثين، والقاسطين، والمارقين: بالطرقات، والنهروانات، وبالشعفات. قال أبو أيوب: قلت: يا رسول الله! مع من نقاتل هؤلاء الأقوام؟ قال: مع علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu akan memerangi orang-orang yang melanggar, orang-orang yang zalim, dan orang-orang yang keluar daripada agama di jalan-jalan dan sungai-sungai juga puncak-puncak bukit. Abu Ayyub berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Bersama siapakah kami akan memerangi kaum-kaum tersebut? Baginda bersabda: Bersama ‘Ali bin Abi Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1344, hadis nombor 6868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( موضوع بهذا التمام)
عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول لعلي بن أبي طالب: تقاتل الناكثين، والقاسطين، والمارقين: بالطرقات، والنهروانات، وبالشعفات. قال أبو أيوب: قلت: يا رسول الله! مع من نقاتل هؤلاء الأقوام؟ قال: مع علي بن أبي طالب.
[ك، ((الضعيفة)) (4907)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA telah berkata: Aku pernah mendengar Nabi SAW berkata kepada ‘Ali bin Abi Talib: Kamu akan memerangi orang-orang yang melanggar, orang-orang yang zalim, dan orang-orang yang keluar daripada agama di jalan-jalan dan sungai-sungai juga puncak-puncak bukit. Abu Ayyub berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Bersama siapakah kami akan memerangi kaum-kaum tersebut? Baginda bersabda: Bersama ‘Ali bin Abi Talib.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4907]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs